Sunday, January 20, 2013

INFO SF BEAUTY PRODUCT

SF BEAUTY penemuan daripada sumber semulajadi utk rawatan kulit yang ringkas bagi menyerlahkan kecantikan semulajadi. SF beauty bertindak meningkatkan metabolisma kulit dgn penjanaan sel-sel baru, merencatkan proses penuaan, mengurangkan garis-garis halus, menambahkan ketegangan kulit dan mengekalkan kelembapan semulajadi agar kelihatan muda sentiasa.Mengandungi Vitamin E utk merawat muka dengan menghilangkan jerawat,jeragat,bekas jerawat, mengecilkan pori-pori serta mencerahkan kulit muka anda.(bagi yang kulit berjeragat dan pigmentasi sangat lah di syorkan)

INFO SF BEAUTY 
Sf beauty merupakan produk dari Kelantan yang dijual secara perseorangan asalnya. Keberkesanan di ketahui dr mulut ke mulut sehingga permintaan sangat tinggi. Ia tidak dipasarkan oleh owner produk tetapi dijual secara perseorangan kpd dealer-dealernya shj. Dan mengikut owner dia, permintaan kini mencecah 4000 set per minggu.Ada 3 produk sf beauty yg dijual secara set dan berasingan iaitu cream malam, cream siang dan sabun(ada utk kulit sensitif).SF sabun kecantikan-Natural dan bersih dengan vitamin E menolong meningkatkan metabolisme kulit, merencat proses penuaan, mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit.SF krim malam-Bahan semulajadi yang dirumus untuk menghilangkan jeragat dan bekas jerawat disamping memutih dan membersihkan kulit. Menjadi kulit lebih halus dan bersih.

Mendapat kelulusan KKM. Anda tidak perlu meraguinya kerana tiada bahan merbahaya dalam produk ini. Boleh semak status kkm dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal.

SF Beauty Soap : NOT 120602463K
SF Day Cream : NOT 120602461K
SF Ninght Cream: NOT 12050246K

1. Sf Beauty terhasil dari penemuan sumber semulajadi (ekstrak buah dan rempah ratus terpilih) yang amat sesuai untuk semua jenis kulit

2. Terdapat 2set pilihan iaitu untuk kulit bermasalah jerawat dan normal.

3. Setiap set terdiri dari 3 item sahaja iaitu sabun pembersih, krim siang dan krim malam.

4. Penggunaan ringkas memang sangat memudahkan, menjaga dan merawat kulit rosak, kusam, berparut dan kedutan halus agar terserlah kecantikan asli setiap individu.

5. Ia membantu meningkatkan metabolisma kulit dengan penjanaan sel-sel baru, merencatkan proses penuaan, mengurangkan jeragat/pigmentasi, menambahkan keanjalan kulit dan mengekalkan kelembapan semulajadi agar tampil segar, berseri dan muda sentiasa

6. Jika anda mempunyai masalah kulit wajah seperti dinyatakan, cubalah Sf Beauty hari ini. Insyaallah, anda pasti berpuashati.


SF Beauty Bebas HYDROQUINONE...

Anda tahu bagaimana sebenarnya bahan ini digunakan..beginilah caranya...

Pada kebiasaanya ia disapu pada kulit 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur. Ia tidak boleh digunakan berhampiran mulut atau mata. Ia juga tidak boleh digunakan pada kesan terbakar cahaya matahari (sun burn) ataupun di tempat luka.

Kesan perubahan boleh dilihat di dalam masa 4 - 6 minggu. Ketika menggunakan hydroquinone, kulit akan menjadi sensitif dan cahaya matahari hendaklah dielakkan.

Kesan pencerahan hydroquinone bertahan hanya selama 4 - 6 bulan dan tidak berkekalan. Oleh itu, penggunaan krim haruslah berterusan. Sekiranya tiada kesan selepas 3 bulan, aplikasi hydroquinone perlu diberhentikan.

MENGAPA HYDROQUINONE BOLEH MEMBAHAYAKAN KESIHATAN?

Pada tahun 2006, FDA (Food and Drug Association) di Amerika telah mencadangkan untuk mengharamkan penjualan hydroquinone 2% kepada orang ramai tanpa kebenaran doktor. Ini bermakna hanya doktor sahaja yang boleh meluluskan penggunaan hydroquinone walaupun dengan kekuatan 2%. Walaupun ia masih di dalam cadangan, tetapi ini menunjukkan bahan ini boleh mendatangkan bahaya dan tidak sesuai dijual tanpa preskripsi.

Jika digunakan sedikit, antara kesan sampingannya ialah kesan terbakar dan merah pada tempat yang disapu. Adakalanya kulit tersebut menjadi lebih gelap dari sebelumnya. Ia lama kelamaan berkurangan.

Kesan allergi kepada hydroquinone juga telah dilihat kepada si pemakai. Allergic contact dermatitis adalah alahan kulit apabila terkena ubat ini. (lihat gambar di atas). Ochronosis adalah satu penyakit kulit yang jarang-jarang berlaku ketika menggunakan hydroquinone. Ia menyebabkan kulit menjadi tebal dan hitam di tempat kulit terdedah kepada bahan itu. Ia biasanya berlaku kepada orang kulit hitam.

Walaupun tiada data yang lengkap kepada manusia, eksperimen kepada binatang menunjukkan kaitan di antara hydroquinone dengan kanser kulit. Ada juga hypothesis (belum dibuktikan) yang mengaitkan bahan ini dengan kanser leukemia. Ini adalah kerana hydroquinone adalah hasil metabolite daripada penguraian benzene, sejenis penyebab kanser.

Penggunaan hydroquinone oleh ibu mengandung dan yang sedang menyusu harus dielakkan kerana tidak ada kajian khusus telah dijalankan. 

KESAN SAMPINGAN HYDROQUINONE SELEPAS MENGGUNAKANNYA

- Penghitaman kawasan kulit, terutama jika terdedah kepada cahaya matahari atau cahaya UV tiruan.

- Kawasan kulit boleh terluka, terbakar, kering dan gatal sebelum kimia racun itu menyerap lebih jauh ke dalam muka.

- Turut menyebabkan kesan sampingan maut lain iaitu sesak nafas, serangan lelah, bengkak bibir, muka dan lidah serta ruam.

- Jika terkena mata, ia turut boleh menyebabkan kesan terbakar pada mata dan menjejaskan penglihatan. Penggunaan untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan kulit menjadi hitam.

- Jika tidak digunakan selama beberapa hari kulit akan menjadi hitam dan bertompok.

- Ia juga boleh menghalang proses pigmentasi di mana, proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultara ungu dan sinaran matahari berlebihan yang berpotensi mendapat kanser kulit.

Kesatuan Negara-negara Eropah EU, mengharamkan penggunaan hydroquinone sejak dahulu lagi.

Di Malaysia, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan tidak akan mendaftarkan kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan produk ini diklasifikasikan sebagai produk yang tidak berdaftar. 

Kenyataan ini diambil dari laman web Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).

Para pengguna dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik yang telah didapati mengandungi bahan terlarang, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan serius.


Diperkaya dengan Vitamin E semulajadi....

Sedikit maklumat tentang Tocopherol Acetate yang digunakan di dalam produk Sf Beauty..

Asetat Tochopheryl adalah sebatian kimia yang dicipta dari proses pengekstrakan tokoferol, atau Vitamin E, dan asid asetik. Ia banyak digunakan dalam pelbagai produk penjagaan diri dan kebersihan. Ia terkenal sebagai agen perapi kulit dan agen antioksidan, bertindak sebagai perlindung daripada sinaran ultraungu matahari (UV) apabila digunakan sebagai produk kecantikan muka. Ia juga boleh diambil dalam bentuk vitamin tambahan.

Vitamin E asetat boleh didapati di dalam susu, minyak gandum dan juga beberapa jenis tumbuhan-tumbuhan dedaun. Ia juga terdapat di dalam pelbagai minyak sayuran, termasuk minyak bunga matahari, jagung, kacang soya, dan kapas. Lain-lain sumber semula jadi untuk vitamin larut lemak ini termasuklah sayur-sayuran kuning, sayur-sayuran berdaun hijau serta bijirin.

Vitamin ini di ekstrak daripada beberapa minyak yang boleh dimakan melalui proses seperti penyulingan vakum atau sintesis. Cara mengekstrak biasanya bergantung kepada kegunaannya. Produk kosmetik selalu menggunakannya sebagai bahan pelembap selain dapat membantu mengekalkan ketahanan produk mereka.

Kebayakan tanda-tanda penuaan dan kerosakan kulit biasanya diakibatkan oleh bahan radikal bebas ia akan mengubah minyak semula jadi kulit dan melambatkan pengeluaran kolagen. Vitamin E membantu kulit mengatasi masalah ini dan melindungi tahap kolagen dalam badan. Atas sebab ini, ia dipercayai bahawa penggunaan secara tetap produk yang mengandungi sejumlah besar Tocopherol Acetate boleh membantu mengurangkan kedutan dan membuatkan kulit anda lebih tegang.

Diperkaya dengan Vitamin C semulajadi....

Apakah dia Ascorbate Tetrahexyldecyl yang terdapat pada produk SF Beauty...

Ascorbate Tetrahexyldecyl adalah formasi Vitamin C yang stabil dan mempunyai sifat yang mampu larut di dalam minyak. Ia banyak digunakan di dalam produk kosmetik, produk penjagaan diri dan produk anti-penuaan oleh kerana keupayaannya yang mampu meningkatkan tahap kolagen, mengurangkan pengeluaran melanin, mencerahkan kulit, membaiki kesan pendedahan daripada UV dan kerosakan lain daripada persekitran. 

Ia juga adalah lebih kuat daripada asid L-asorbic dan lain-lain sebatian Vitamin C, selain itu kemampuan penembusannya yang jauh lebih tinggi ke dalam struktur kulit (kerana ia larut dalam lemak seperti kulit manusia) berbanding daripada derivatif lain.

Menurut epilution.com, Ascorbate Tetrahexyldecyl juga mempunyai keupayaan untuk merangsang kulit untuk menghasilkan glycosaminoglycans iaitu bahan pelembab semulajadi yang kulit.

Ascorbate Tetrahexyldecyl dianggap versi ringan Vitamin C yang boleh kekal stabil di dalam udara dan air sehingga 18 bulan, kelebihan ini membuatkan ia sebagai bahan antioksidan yang berkekalan lama dan berpanjangan. Oleh kerana bahan ini berkesan di dalam kepekatan yang lebih rendah daripada Vitamin C tradisional, ia adalah jauh lebih murah dan mampu mencegah alahan kepada sesetengah pengguna yang mempunyai masalah alahan kepada asid askorbik.

Menurut kajian dermatologi bertajuk "double-blind”, kajian yang dilalukan kepada separuh muka bertujuan untuk membandingkan vitamin C tradisional. Hasil kajian mendapati Ascorbate Tetrahexyldecyl berjaya menembusi terus ke dalam epidermis dan dermis serta bertindak sebagai serampang dua mata iaitu sebagai agen antioksidan dan menjadi perangsang secara terus terhadap pengeluaran kolagen baru badan.Ia tidak seperti lain-lain asid askorbik, yang hanya menembusi corneum strata dan hanya mampu melindungi kulit sebagai agen antioksidan. Keberkesanan yang ketara telah ditemui apabila subjek menggunakan kepekatan 7% Ascorbate Tetrahexyldecyl dibandingkan dengan kepekatan 10% asid askorbik, kajian menyaksikan pengeluaran kolagen semulajadi badan meningkat dengan banyaknya.Terima kasih kepada Sfbeauty.net kerana mempunyai ramuan yang berkebolehan peyampaian dan kuasa resapan yang jauh lebih hebat.

Langkah Keselamatan / Kesan Sampingan:

Ascorbate Tetrahexyldecyl dianggap bahan yang selamat oleh Pangkalan Data Kosmetik. Tiada kajian yang melaporkan sebarang kesan sampingan negatif yang disebabkan daripada penggunaan Ascorbate Tetrahexyldecyl, jika ada ianya hanya dianggap ringan berbanding mana-mana Vitamin C yang boleh menyebabkan kerengsaan kepada kulit sensitif.

No comments:

Post a Comment